Vídeo

Langgar, pecah cermin, pukul dan samun - empat ditahan polis

Langgar, pecah cermin, pukul dan samun - empat ditahan polis
Polis menahan empat lelaki kerana disyaki disyaki melanggar sebuah kenderaan dari belakang dengan kereta dinaiki mereka sebelum menyamun dan mencederakan mangsa di Taman Sentosa, Klang semalam.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli berkata, insiden kira-kira jam 4.30 berlaku apabila sebuah kereta dipandu pemandu lelaki bersama sepupunya tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic yang dinaiki empat lelaki.Kumpulan suspek itu kemudian memecahkan cermin kereta, menarik pemandu keluar dari kenderaan dan memukulnya menggunakan kayu sebelum merampas telefon bimbit seorang lagi mangsa. Shamsul Amar berkata, hasil ujian awal saringan air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine. Sumber video: Media sosial

Lo Último